Sikap, motivasi dan pelaksanaan strategi Think-Paire-Share dalam pengajaran kemahiran menulis guru Bahasa Melayu sekolah rendah

Chew, Fong Peng and Nur Atikah Ali Jinah, (2020) Sikap, motivasi dan pelaksanaan strategi Think-Paire-Share dalam pengajaran kemahiran menulis guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 37-47. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
700kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan strategi Think-PairShare dalam kemahiran menulis dalam kalangan guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah rendah di sekitar daerah Yan, Kedah. Secara khususnya, kajian ini mengenal pasti sikap dan motivasi guru-guru terhadap pelaksanaan strategi ThinkPair-Share serta pelaksanaan strategi itu sendiri dalam kemahiran menulis. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi melihat hubung kait antara sikap dan motivasi guru terhadap pelaksanaan strategi Think-Pair-Share. Sampel kajian ini terdiri daripada 67 orang guru Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Data yang diperoleh tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian komputer program Statistical Packages for the Social Science (SPSS) Version 25.0 bagi menganalisis data dengan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap guru-guru Bahasa Melayu adalah positif serta bermotivasi tinggi dalam melaksanakan strategi Think-Pair-Share dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu. Tambahan lagi, kajian ini juga mendapati adanya hubungan yang signifikan antara sikap dan motivasi guru dengan pelaksanaan strategi Think-Pair-Share. Kesimpulannya, sikap dan motivasi guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan strategi Think-Pair-Share dalam pengajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Guru; Motivasi; Sikap; Think-Pair-Share
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14572
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2020 03:03
Last Modified:07 May 2020 03:14

Repository Staff Only: item control page