Analisis pelaksanaan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah Orang Asli

Anida Sarudin, and Zulkifli Osman, and Husna Faredza Mohamed Redzwan, and Mohd Amir Mohd Zahari, and Marlini Idris, (2020) Analisis pelaksanaan elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah Orang Asli. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 48-63. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
675kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diamalkan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam pedagogi Bahasa Melayu dan mengukur elemen KBAT berdasarkan Skala Ketelusan Kognitif (Cognitive Research Trust- CoRT) di sekolah-sekolah Orang Asli (sekolah menengah) di Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan berdasarkan: Skala Ketelusan Kognitif (Cognitive Research Trust -CoRT) oleh Edward de Bono (1973) yang melibatkan enam jenis CoRT, iaitu CoRT 1 (Breadth -Keluasan persepsi), CoRT 2 (Organisastion -Organisasi berfikir), CoRT 3 (Interaction -Interaksi), CoRT 4 (Critical Thinking and Argument -Argumen berfikiran kritis dan kreatif), CoRT 5 (Information and Feeling -Maklumat dan Perasaan), dan CoRT 6 (Action -Tindakan). Seramai enam orang guru daripada tiga buah sekolah menengah Orang Asli di Perak terlibat dalam proses pencerapan PdPc dan temu bual. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini melibatkan senarai semak PdPc, dan temu bual yang melibatkan soalan berstruktur dan tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa Skala Ketelusan Kognitif dapat menjadi peranti efektif dalam mengukur elemen KBAT dalam pedagogi Bahasa Melayu. Guru-guru telah memilih teknik berfikir yang sesuai yang dapat diaplikasikan bagi mencungkil aspek berfikir dalam setiap perkara yang dinyatakan pada skala CoRT 1 hingga CoRT 6. Berdasarkan pengamalan CoRT dalam PdPc, kajian ini telah menentukan aras skor sebagai pengukur KBAT melalui titik hubungan antara strategi peranti dan teknik berfikir. Analisis juga menunjukkan kebanyakan guru yang terlibat menggunakan CoRT pada aras yang sederhana. Kajian ini menawarkan sumbangan mengukur KBAT menggunakan skala pengukuran yang lebih telus dan berpiawai. Penguasaan KBAT dapat diteliti dalam komunikasi guru dan diukur berlandaskan skala dan peranti berfikir yang relevan dan efektif.

Item Type:Article
Keywords:Berfikir Aras Tinggi (KBAT); Skala Ketelusan Kognitif; Peranti berfikir; Teknik berfikir; Pedagogi Bahasa Melayu; Guru-guru Bahasa Melayu; Sekolah-sekolah Orang Asli
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14573
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2020 03:14
Last Modified:07 May 2020 03:16

Repository Staff Only: item control page