Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Cina dan India ketika belajar Bahasa Melayu

Rozana Jaafar, (2020) Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Cina dan India ketika belajar Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 64-76. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
760kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang kerap digunakan oleh pelajar etnik Cina dan India berdasarkan kemahiran mendengar dan menulis. Seramai 234 orang pelajar etnik Cina dan India tingkatan 4 dari 10 buah sekolah menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak berstrata.Soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Soal selidik tersebut menggunakan skala Likert 5 mata dan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada maklumat demografi responden dan Bahagian B melibatkan strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis. Data soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science versi 22.0 untuk mendapatkan data deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar etnik Cina dan India ini menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran mendengar dan menulis berada pada tahap tinggi. Hal ini membuktikan bahawa pelajar etnik Cina dan India menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran menulis ketika belajar Bahasa Melayu. Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis supaya dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran bahasa dengan lebih baik dan seterusnya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pembelajaran bahasa; Bahasa Melayu; Pelajar cemerlang; Kemahiran mendengar; Kemahiran menulis; Kemahiran bahasa
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14574
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2020 03:29
Last Modified:07 May 2020 03:19

Repository Staff Only: item control page