Penerapan model falsafah bahasa penyatuan bangsa: satu kajian analisis keperluan

Mohd Khaidir Abdul Wahab, and Mohamad Nortaufiq Norhashim, (2019) Penerapan model falsafah bahasa penyatuan bangsa: satu kajian analisis keperluan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (2). pp. 11-24. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
570kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Model Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa (MOFPEB) telah dibangunkan menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan yang telah diperkenalkan oleh Richey & Klein. Kajian ini meninjau keperluan penerapan model MOFPEB berdasarkan pandangan pelajar linguistik bahasa Melayu. Dalam fasa analisis keperluan ini, pengumpulan data dijalankan melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik ke atas 40 orang pelajar linguistik bahasa Melayu di Universiti Sains Malaysia (USM). Analisis data dibahagikan kepada tujuh tema utama yang terkandung dalam model MOFPEB, iaitu tema konsep, matlamat, kepentingan, kurikulum, strategi pembelajaran pelajar, strategi pengajaran pensyarah serta pengujian dan penilaian. Dapatan kajian menujukkan bahawa model MOFPEB berpotensi untuk diterapkan dalam PdPc linguistik bahasa Melayu berdasarkan tahap persetujuan yang tinggi dan interprestasi yang memuaskan dalam kalangan responden kajian. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa aspek penerapan nilai dan potensi pelajar dalam PdPc linguistik bahasa Melayu perlu berjalan seiring dengan aspek kandungan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

Item Type:Article
Keywords:Penerapan; Model; PdPc; linguistik Bahasa Melayu; Analisis keperluan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14577
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2020 03:48
Last Modified:07 May 2020 03:30

Repository Staff Only: item control page