Pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan Bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah

Halimah Jamil, and Rozita Radhiah Said, (2019) Pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan Bahasa Melayu dalam pentaksiran bilik darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (2). pp. 25-36. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
523kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana peserta kajian melaksanakan penskoran pentaksiran lisan di dalam bilik darjah. Fokus diberikan kepada proses penskoran yang dilakukan oleh peserta kajian dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PPPBD). Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes, iaitu penelitian lapangan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu temu bual, pemerhatian pelaksanaan penskoran pentaksiran lisan di dalam bilik darjah, dan analisis dokumen. Tujuh orang peserta daripada empat jenis sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Lokasi kajian ialah sebuah SMK; sebuah SABK; sebuah SBP; dan sebuah SMKA. Keempatempatnya terletak dalam sebuah daerah di Negeri Sembilan. Instrumen protokol dibangunkan bagi setiap penelitian di lapangan dan data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan bantuan perisian ATLAS.ti versi 8 dan dapatan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian masih dalam usaha untuk memahami dan menguasai cara terbaik membuat penskoran pentaksiran lisan berdasarkan kriteria dalam Standard Prestasi kemahiran mendengar dan bertutur DSKP. Kekeliruan, rungutan, ketidaktentuan dalam pelaksanaan penskoran masih kabur dan agak sukar diselaraskan kerana Tahap Penguasaan terlalu rigid, tidak jelas, dan bersifat subjektif. Oleh yang demikian, peserta kajian mengambil langkah membuat penskoran mengikut pemahaman dan persepsi sendiri selagi tidak bercanggah dalam ruang lingkup DSKP. Kajian ini boleh dijadikan sebagai penanda aras pencapaian guru pada peringkat awal supaya jika guru jauh tersasar maka usaha untuk berpatah balik akan merugikan wang, masa, tenaga dan masa depan anak bangsa. Kepada pihak pentadbir sekolah, KPM, dan pihak berkepentingan diharap dapat menyampaikan maklumat secara lebih jelas, bersepadu dan menyeluruh bagi mengatasi masalah ini.

Item Type:Article
Keywords:Pentaksiran lisan; Standard Prestasi; Tahap penguasaan; Penskoran; DSKP
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14578
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2020 03:51
Last Modified:07 May 2020 03:33

Repository Staff Only: item control page