Hubungan faktor pengetahuan kemahiran abad ke-21 dengan faktor umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu di daerah Sibu, Sarawak

Sofiana Hassan, and Zamri Mahamod, (2019) Hubungan faktor pengetahuan kemahiran abad ke-21 dengan faktor umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu di daerah Sibu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 9 (2). pp. 37-43. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 telah diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sejajar dengan perkembangan pendidikan dalam abad ke-21. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan faktor pengetahuan kemahiran abad ke-21 dengan faktor umur, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar dalam kalangan guru Bahasa Melayu di daerah Sibu, Sarawak. Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 210 orang guru Bahasa Melayu di daerah Sibu, Sarawak telah menjawab soal selidik tersebut. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data kajian dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Statistik korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan antara pengetahuan guru dalam menerapkan kemahiran abad ke-21 dengan faktor umur dan kelayakan akademik, tetapi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ialah faktor pengalaman mengajar memberi impak positif dalam menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Faktor umur; Kelayakan akademik; Pengalaman mengajar; Kemahiran abad ke-21; Guru Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:14579
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 May 2020 03:55
Last Modified:07 May 2020 03:35

Repository Staff Only: item control page