Azima Abdul Manaf, and Zaimah Ramli, and Sarmila Md Sum, (2020) Ekologi dan corak pemilikan tanah adat etnik Bidayuh. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (1). pp. 37-51. ISSN 1823-884x
|
PDF
415kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1244
Abstract
Pertikaian dalam pemilikan tanah adat telah mencetuskan persoalan terhadap motif sebenar komuniti Bidayuh mempertahankan hak mereka terhadap tanah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk memahami motif pemilikan tanah dalam kalangan komuniti Bidayuh di Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dengan menggunakan metod kualitatif yang bersifat naratif dengan mengambilkira world-view dan pengalaman sosial komuniti Bidayuh mengenai motif pemilikan tanah adat dalam kalangan mereka. Oleh yang demikian indetph interview dengan pemilik tanah adat dalam kalangan pemilik tanah adat di daerah Serian telah dilakukan. Hasil dapatan kajian menjelaskan bahawa motif pemilikan komuniti Bidayuh terhadap tanah lebih tertumpu kepada usaha untuk mengekalkan identiti dan keperluan ekonomi saradiri mereka. Dapatan temubual mendalam dengan pemilik tanah mendapati motif sosial pemilikan tanah sangat diperlukan atas beberapa sebab seperti keperluan menjaga identiti kelompok, tanah sebagai nilai kekayaan komuniti, tanah sebagai asset ekonomi masyarakat dan melalui tanah ikatan solidary akan dapat diwujudkan. Manakala dapatan dalam konteks ekonomi pula menjelaskan bahawa tanah sebagai sumber pencarian suku kaum, bimbang berlakunya peningkatan dalam pasaran tanah, wujud persaingan dalam pemilikan serta bimbang wujudnya perlucutan pemilikan. Justeru beberapa usaha yang menyentuh keperluan pemerkasaan tanah mereka dalam konteks geran tanah inidividu sangat diperlukan bagi mengelakkan pelbagai perselisihan faham dan dalam masa yang sama dapat mempertahankan keselamatan pemilikan tanah adat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bidayuh; Budaya tanah adat; Generasi; Identiti; Motif pemilikan dan generasi |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 14583 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 May 2020 05:13 |
Last Modified: | 07 May 2020 03:53 |
Repository Staff Only: item control page