Kemampanan pertanian sawit pekebun kecil orang Asli di Semenanjung Malaysia

Yew, Vivien W.C. and Saiful Farisin Md Ramlan, and Novel Lyndon, and Junaidi Awang Besar, and Suhana Saad, and Abd Hair Awang, and Sivapalan Selvadurai, and Lim, Jie Wei (2020) Kemampanan pertanian sawit pekebun kecil orang Asli di Semenanjung Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (1). pp. 80-92. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
324kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1244

Abstract

Populariti pengeluaran minyak sawit adalah sangat luar biasa. Sekitar 10 peratus daripada kegiatan pertanian dan perladangan dunia merupakan kawasan tanaman kelapa sawit global. Malah, 85% pengeluaran minyak sawit dihasilkan di Malaysia dan Indonesia. Minyak sawit juga telah meningkatkan pendapatan penduduk di kedua-dua buah negara, terutama kepada golongan petani. Namun, ada harga yang perlu dibayar akibat kegiatan pertanian kelapa sawit seperti kemusnahan alam sekitar, hak buruh dan hak asasi manusia yang seringkali diabaikan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kaedah pertanian sawit lestari yang dijalankan oleh pekebun kecil kelapa sawit Orang Asli. Kajian ini dijalankan di salah sebuah kampung Orang Asli yang terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang. Melalui pendekatan kualitatif, lapan orang petani Orang Asli telah ditemu bual secara berkala melalui persampelan rawak mudah dan bola salji. Hasil kajian menunjukkan bahawa petani Orang Asli mengusahakan pertanian mereka sebagai bentuk pemilikan tanah yang juga merupakan salah satu prasyarat MSPO. Pertanian keluarga merupakan langkah seterusnya untuk mewujudkan pertanian lestari selain menangani penebangan hutan melalui kegiatan penanaman kelapa sawit.

Item Type:Article
Keywords:Orang Asli; Semenanjung Malaysia; Kelapa sawit; Pekebun kecil; Kemampanan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14586
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 May 2020 05:28
Last Modified:07 May 2020 04:10

Repository Staff Only: item control page