Sistem panggilan kematian dalam masyarakat Kenyah Badeng

Angelene Ghosten Wan, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2020) Sistem panggilan kematian dalam masyarakat Kenyah Badeng. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (1). pp. 135-151. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
430kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1244

Abstract

Makalah ini membincangkan hasil kajian tentang sistem panggilan kematian dalam masyarakat Kenyah Badeng dan faktor-faktor yang menyebabkan kata panggilan tersebut diberikan. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat sistem panggilan kematian yang digunakan dalam masyarakat Kenyah Badeng di Kampung Data Kakus, Tatau, iaitu sebuah perkampungan terbesar komuniti Kenyah Badeng di pendalaman Bintulu, Sarawak. Kedua, ialah untuk meneliti faktorfaktor yang mempengaruhi pemberian kata panggilan itu. Pengumpulan data diperoleh daripada lima informan yang terdiri daripada penduduk asal kampung melalui pemerhatian turut serta, temubual dan rakaman. Data yang dikumpul memperlihatkan dua jenis kata panggilan kematian itu dibentuk, iaitu (1) panggilan kepada ahli keluarga si mati, dan (2) panggilan kepada si mati. Hasil dapatan menunjukkan status dalam keluarga, usia, jantina, tanda kesopanan atau penggunaan eufemisme dan upacara perkabungan adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pemberian kata panggilan kematian dalam keluarga Kenyah Badeng. Kata panggilan kekeluargaan ini digunakan untuk menunjukkan rasa simpati, hormat dan sopan kepada seseorang. Penggunaan kata panggilan kekeluargaan adalah penting untuk mengekalkan adat, budaya serta rasa hormat dalam pergaulan seharian. Kesimpulannya, kata panggilan kematian yang terdapat dalam masyarakat kenyah Badeng merupakan suatu budaya yang unik dan perlu dikekalkan dan dipelihara untuk kelangsungan masyarakat dan budaya.

Item Type:Article
Keywords:Kata panggilan; Kenyah Badeng; Sarawak; Sistem panggilan kematian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14590
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 May 2020 05:43
Last Modified:10 May 2020 04:28

Repository Staff Only: item control page