Pengaruh pola komunikasi ke atas komunikasi strategik

Maizatul Haizan Mahbob, and Wan Idros Wan Sulaiman, and Wan Amizah Wan Mahmud, (2020) Pengaruh pola komunikasi ke atas komunikasi strategik. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (2). pp. 36-50. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1248

Abstract

Komunikasi strategik merupakan suatu bentuk tindakan berstrategi dan sangat penting untuk pembangunan organisasi kerana komunikasi dianggap sebagai penyumbang utama kepada kecekapan organisasi. Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengenal pasti pola komunikasi yang digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menganalisis sejauh mana pola komunikasi mempunyai hubungan dengan amalan komunikasi strategik dan sejauh mana pola tersebut mempengaruhi komunikasi strategik. Pola yang dianalisis ialah pola komunikasi atas ke bawah, pola komunikasi bawah ke atas, pola mendatar, pola berpenjuru dan pola komunikasi luar organisasi. Elemen komunikasi strategik yang dikaji pula ialah perancangan komunikasi, sokongan pengurusan atasan, mesej bersasaran, pemilihan dan penggunaan alat komunikasi, penilaian berterusan dan budaya kerja. Penetapan elemen tersebut adalah bersandarkan kepada Model Komunikasi Strategik Barret (2002). Model Barret ini telah diubah suai oleh pengkaji dengan menambahkan dua lagi elemen iaitu perancangan komunikasi dan budaya kerja. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan survei. Sebanyak 28 aduan yang dihantar oleh pengguna KTMB dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kemudian, survei pula dijalankan ke atas 200 responden yang terdiri daripada kakitangan komuter di Lembah Klang. Hasil kajian mendapati pengguna kerap menghantar aduan dan kebanyakan aduan berkait dengan pengurusan perkhidmatan dan budaya kerja. Pada masa yang sama, KTMB banyak mengamalkan pola komunikasi mendatar dan komunikasi luar organisasi berbanding pola komunikasi atas ke bawah, bawah ke atas dan berpenjuru. Melalui analisis korelasi, hasil kajian mendapati terdapat hubungan sederhana kuat antara pola komunikasi dengan komunikasi strategik. Manakala, bagi analisis regresi pula menunjukkan pola komunikasi mempengaruhi sebanyak 52.4 peratus varians terhadap komunikasi strategik.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi strategik; Penyampaian mesej; Pola komunikasi; Model komunikasi strategik; Komunikasi keorganisasian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14600
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 May 2020 04:15
Last Modified:10 May 2020 04:52

Repository Staff Only: item control page