Pola susunan maklumat teks ucapan Belanjawan Malaysia 2019

Muhammad Faizul Abd Hamid, and Mohd Azidan Abdul Jabar, (2020) Pola susunan maklumat teks ucapan Belanjawan Malaysia 2019. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (2). pp. 104-118. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
526kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1248

Abstract

Bahasa secara umumnya dilihat sebagai syarat yang perlu ada dalam kehidupan manusia untuk menjayakan aktiviti sosial. Dari perspektif ucapan, bahasa digunakan untuk berbagai-bagai tujuan seperti melahirkan buah fikiran, berkomunikasi, menyebarkan ideologi dan mempengaruhi khalayak ramai. Ucapan yang berkesan lazimnya mempunyai gabungan maklumat yang teratur melalui pola susunan maklumat yang dikemali sebagai tema dan rema. Penggunaan tema dan rema membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan tidak tergantung. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis pola susunan maklumat dan menjelaskan fungsi penggunaanya dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Data teks ucapan telah dimuat turun oleh pengkaji melalui portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada 25 Mac 2019 – http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub19.pdf . Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah kualitatif. Kerangka pemikiran pergerakan tematik (thematic progression) yang diilhamkan oleh Danes (1974) telah dijadikan pegangan sepanjang proses penyelidikan dilakukan. Berdasarkan hasil kajian, terdapat empat jenis pola susunan maklumat yang digunakan oleh pewacana iaitu, tematik linear (zig-zag), tematik tema kekal, tematik tema daripada hipertema dan tematik tema daripada perincian pecahan rema. Kolaborasi keempat-empat pola susunan maklumat menunjukkan bahawa pola-pola ini berperanan dalam mewujudkan makna teks ucapan belanjawan 2019 yang kontekstual, tersusun dan mudah diterima oleh pengguna bahasa. Hal ini demikian, pola susunan maklumat yang dijalinkan dapat dapat menstruktur satu aliran huraian maklumat yang logik dan sistematik oleh pewacana kepada khalayak.

Item Type:Article
Keywords:Pola susunan maklumat; Tema; Rema; Teks ucapan; Belanjawan 2019
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14603
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 May 2020 04:28
Last Modified:10 May 2020 05:00

Repository Staff Only: item control page