Sharul Azim Sharudin, and Normah Mustaffa, and Shahrul Nazmi Sannusi, (2020) Peranan visual instagram dalam meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (2). pp. 91-103. ISSN 1823-884x
|
PDF
626kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1248
Abstract
Instagram merupakan platform media sosial yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mudah dan berkesan bagi menyampaikan mesej berbentuk visual. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan visual berubah mengikut perkembangannya. Informasi yang disampaikan bergantung kepada penggunaan visual yang digunakan oleh penyampainya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia yang banyak melakukan pelbagai usaha bagi memastikan masyarakat Malaysia sedar akan kepentingan kesihatan dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat. Antara kaedah yang digunakan oleh pihak KKM bagi memberi penerangan kesihatan adalah dengan berkongsi maklumat kesihatan di akaun rasmi Instagram KKM menerusi posting visual berbentuk informasi kesihatan. Antara visual yang digunakan adalah ilustrasi, fotografi dan juga infografik. Pendekatan kajian adalah dengan menggunakan analisis kandungan bagi melihat tiga jenis visual ilustrasi, fotografi dan infografik yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam akaun rasmi Instagramnya. Penilaian dilakukan oleh dua orang pakar daripada industri yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun. Penilaian jenis visual yang digunakan dalam posting Instagram KKM adalah dari tahun 2015 hingga tahun 2018. Dapatan kajian mendapati penggunaan visual yang sering digunakan oleh KKM bagi tujuan kesedaran kesihatan adalah visual infografik dan ia menunjukkan peningkatan penggunaannya pada setiap tahun berbanding dengan visual ilustrasi dan fotografi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Visual; Instagram; Kesedaran Kesihatan; Ilustrasi; Infografik |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 14604 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 May 2020 04:38 |
Last Modified: | 10 May 2020 05:02 |
Repository Staff Only: item control page