Boleh tolong saya? Meneroka sokongan sosial yang diperlukan oleh wanita bekerjaya bagi meningkatkan kesejahteraan emosi

Siti Marziah Zakaria, and Muhammad Izzat Ebrahim, and Hawa Rahmat, (2020) Boleh tolong saya? Meneroka sokongan sosial yang diperlukan oleh wanita bekerjaya bagi meningkatkan kesejahteraan emosi. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (3). pp. 1-13. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
383kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1261

Abstract

Peranan wanita yang semakin bertambah memberi kesan kepada perkembangan kekeluargaan masa kini di Malaysia. Ini kerana, wanita hari ini perlu menjalankan peranan seperti lelaki iaitu mencari nafkah untuk menyara keluarga dalam masa yang sama sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan isteri kepada suami. Kajian ini bertujuan untuk meneroka sokongan yang diterima dan diperlukan oleh wanita bekerjaya di Selangor. Sebelas informan dari sekitar negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini melalui temu bual mendalam. Soalan temu bual telah dibina secara separa berstruktur. Informan kajian dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data telah dianalisis berdasarkan analisis tematik. Hasil kajian mendapati informan memerlukan pelbagai bentuk sokongan iaitu daripada segi emosi, penjagaan anak, informasi, jaringan dan kewangan. Bentuk-bentuk sokongan ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan emosi mereka di tempat kerja juga di rumah. Namun, informan dilaporkan hanya menerima sebahagian sahaja sokongan sosial yang diperlukan seperti sokongan penjagaan anak dan jaringan sosial. Kebanyakan informan melaporkan kurang menerima sokongan kewangan daripada suami. Informan mengakui menghadapi tekanan dan kepenatan dalam mengurus rumah tangga dan kerjaya. Namun, ia boleh diringankan jika orang terdekat prihatin dan mengambil peduli. Hasil kajian boleh dijadikan sumber rujukan pihak yang berkaitan untuk membantu wanita bekerjaya meningkatkan kesejahteraan emosi dan mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Item Type:Article
Keywords:Ibu bekerjaya; kesejahteraan emosi; konflik peranan; sokongan sosial
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14609
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2020 00:36
Last Modified:13 May 2020 23:41

Repository Staff Only: item control page