Penggunaan sumber sejarah dalam teknik Peer Instruction terhadap motivasi intrinsik

M. Kaviza, (2020) Penggunaan sumber sejarah dalam teknik Peer Instruction terhadap motivasi intrinsik. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (4). pp. 27-39. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
441kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1269

Abstract

Oleh kerana salah satu objektif kurikulum sejarah adalah membina minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik melalui proses pembelajaran secara mendalam yang berpusatkan murid, maka kajian eksperimental dengan rekabentuk Pre-Experimental: One Group Pretest– Posttest ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan sumber sejarah dalam teknik Peer Instruction terhadap motivasi intrinsik dalam kalangan murid. Seramai 25 orang murid Tingkatan Empat dari dua buah kelas sedia ada melalui teknik persampelan bertujuan dari sebuah sekolah menengah harian telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik Motivation Intrinsic Inventory yang telah diadaptasi, disahkan pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian ANOVA Sehala dengan pengukuran berulang melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan sumber sejarah dalam teknik Peer Instruction adalah berkesan secara signifikan terhadap peningkatan dan kekekalan motivasi intrinsik dalam kalangan murid. Kesimpulannya, penggunaan sumber sejarah dalam teknik Peer Instruction berpotensi dilaksanakan dalam pendidikan sejarah untuk meningkatkan motivasi secara efektif.

Item Type:Article
Keywords:Teknik Peer Instruction; sumber sejarah; motivasi intrinsik; mata pelajaran sejarah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14618
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2020 01:26
Last Modified:14 May 2020 06:09

Repository Staff Only: item control page