Siti Ruzana Ab Ghani, and Rahila Omar, and Azlizan Mat Enh, and Russli Kamaruddin, (2020) Perkembangan gerakan Islam - PAS di Kelantan 1957-2000. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (4). pp. 40-59. ISSN 1823-884x
|
PDF
522kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1269
Abstract
Artikel ini membincangkan perkembangan gerakan Islam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kelantan, tahun 1957-2000. Gerakan Islam ini berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara dengan menekankan perjuangan berteraskan Islam. Sesudah negara mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957, PAS berusaha mengisi kemerdekaan negara dengan menubuhkan sebuah negara Islam. Hakikatnya, PAS adalah parti awal di Tanah Melayu yang berusaha dan berjuang dalam menuntut kemerdekaan. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kemunculan gerakan Islam PAS di Kelantan sehingga membawa kepada berkembangnya dakwah Islamiyah di Kelantan. Kajian ini juga meneliti kesan kepimpinan ulama dalam pentadbiran dan pendidikan di Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan disiplin sejarah melalui analisa yang dibuat ke atas sumber primer dan sekunder. Sumber primer menggunakan kaedah menganalisis dokumen berdasarkan rekod-rekod dan fail-fail laporan, perlembagaaan dan ucapan dasar pemimpin dari arkib gerakan dengan dimantapkan lagi melalui sumber-sumber sekunder. Hasil Kajian mendapati gerakan Islam PAS dapat membentuk norma baharu dalam masyarakat di Kelantan mengikut acuan Islam. Penguasaan PAS ke atas negeri Kelantan melalui pendekatan dakwah politik telah membawa kepada perubahan corak hidup masyarakat setempat kepada budaya hidup baharu yang menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam yang lengkap. Gerakan Islam PAS juga dapat mewujudkan sistem pentadbiran Islamik di Kelantan dan menjadi pencetus kepada pembinaan sebuah kerajaan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi rujukan kepada negerinegeri lain di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sejarah Islam; gerakan Islam; perjuangan; kepimpinan ulama; masyarakat Melayu |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 14619 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 May 2020 01:33 |
Last Modified: | 14 May 2020 06:12 |
Repository Staff Only: item control page