Prestasi dan penerimaan pengundi terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum ke-14 di wilayah pantai barat Semenanjung Malaysia

Junaidi Awang Besar, and Nur Ellyanis Mohd Basori, and Muhammad Hazim Abdul Ghani, (2020) Prestasi dan penerimaan pengundi terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum ke-14 di wilayah pantai barat Semenanjung Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (4). pp. 60-77. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1269

Abstract

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang meletakkan nama agama iaitu Islam di Malaysia. Prestasi PAS dalam setiap PRU dilihat turun naik setiap kali pilihan raya dan kerap keluar masuk pakatan parti politik. PRU-14 (2018) memperlihat PAS bertanding bersendirian menentang BN dan Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hasilnya PAS kekal berkuasa di Kelantan, berjaya menawan Terengganu daripada BN namun kurang diterima di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis prestasi dan penerimaan pengundi terhadap PAS dalam PRU-14 di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa PAS sukar mendapat sokongan padu daripada pengundi di kawasan Pantai Barat kerana ketidakyakinan pengundi terhadap kemampuan PAS dengan mengambil contoh pemerintahan PAS di Kelantan yang menyebabkan rakyat di negeri tersebut terus dibelenggu kemiskinan dan kemudahan infrastruktur yang kurang baik. PAS juga gagal mendapat sokongan yang baik daripada pengundi bukan Melayu/bukan Islam kerana parti tersebut dilihat terlalu ekstrim dan kurang menekankan kebajikan orang bukan Islam. Implikasi daripada penulisan artikel ini ialah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, PAS perlu menyesuaikan perjuangan dan strategi kempennya agar lebih sederhana, menampilkan kepimpinan yang bermanfaat untuk kebajikan rakyat dan lebih inklusif kepada semua kaum dan agama di seluruh Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Parti politik; Islam; prestasi; penerimaan; pemerintahan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14620
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2020 01:39
Last Modified:14 May 2020 06:13

Repository Staff Only: item control page