Terjemahan teks keagamaan: tinjauan dari sudut konsep kebolehterjemahan

Mukhlis Rosli, and Nasimah Abdullah, and Lubna Abd. Rahman, (2020) Terjemahan teks keagamaan: tinjauan dari sudut konsep kebolehterjemahan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (4). pp. 78-89. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
598kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1269

Abstract

Teks keagamaan yang menjangkau ribuan tahun telah menjadikan teks tersebut sebuah karya yang sarat dengan kesusasteraan dan kebudayaan. Ciri teksnya yang kaya dengan sastera dan budaya menjadi pemangkin utama genre ini terus mendapat pemerhatian dalam kalangan sarjana bahasa. Malahan, elemen estetik yang terkandung di dalamnya turut menimbulkan kesukaran yang lebih ketara berbanding teks informasi atau keterangan semata-mata. Lantaran itu, kajian ini akan menjalankan satu tinjauan khusus terhadap konsep kebolehterjemahan (translatability) dengan berorientasikan kepada dua buah kitab suci, iaitu kitab Bible dan al-Quran. Reka bentuk kajian adalah kajian kepustakaan dan berbentuk analisis kandungan yang menjurus kepada analisis secara deskriptif, di mana kajian cuba memberi gambaran keseluruhan berkaitan fenomena yang sedia ada. Selain itu kajian mengklasifikasikan ketidakboleh terjemahan kepada dua pembahagian utama, iaitu ketidakboleh terjemahan linguistik (linguistic translatability) dan ketidakboleh terjemahan budaya (cultural translatability). Dapatan kajian menunjukkan selain daripada faktor pembaca sasaran yang luas dan kesusasteraan yang tinggi, cabaran utama yang mendasari teks terjemahan Bible dan al-Quran adalah bertitik tolak daripada cakupan maknanya yang luas dan tafsirannya yang tidak terbatas kepada suatu makna. Ruang keterbukaan yang luas tersebut menuntut penterjemah agar berusaha untuk mengenal pasti secara menyeluruh batas tafsiran dan penjelasan yang dibenarkan dalam sesuatu teks terjemahan. Implikasi daripada kajian ini berpotensi untuk menjadi panduan kepada pengamal bidang penterjemahan, terutamanya berkaitan cabaran dan signifikan fenomena kebolehterjemahan dan ketidak bolehterjemahan dalam teks keagamaan Bible dan al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehterjemahan; linguistik; budaya; genre; terjemahan teks agama
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14621
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2020 01:44
Last Modified:14 May 2020 06:16

Repository Staff Only: item control page