Strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin: kajian perbandingan Malaysia dan Indonesia

Zaimah Ramli, and Noor Amarina Mohd Farid, and Sarmila Md Sum, and Azima Abdul Manaf, (2020) Strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin: kajian perbandingan Malaysia dan Indonesia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (4). pp. 90-104. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
363kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1269

Abstract

Perkahwinan pada usia muda sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat sekarang. Malahan anak-anak muda yang belum tamat pengajian dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap juga telah memilih untuk mempunyai keluarga sendiri. Dalam keadaan kos sara hidup yang senantiasa meningkat hari ini, strategi pengurusan kewangan yang betul adalah satu keperluan terutama sekali bagi pasangan muda. Hal ini kerana strategi pengurusan kewangan yang betul akan membantu mahasiswa berkahwin semasa masih belajar menangani masalah kewangan yang serius. Namun begitu, strategi pengurusan kewangan yang diamalkan oleh mahasiswa berkahwin masih belum diketahui sepenuhnya. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia dan di Universitas Bina Darma (UBDI), Indonesia. Kajian menggunakan dua teknik persampelan, iaitu persampelan bebola salji di UKM dan persampelan bertujuan di UBDI. Seramai 50 orang mahasiswa berkahwin disetiap university dianalisis dalam kajian ini. Instrumen pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus, purata dan sisihan piawai digunakan bagi menggambarkan hasil kajian. Pengukuran tahap strategi pengurusan kewangan dinilai berdasarkan skor purata, iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin di UKM dan di UBDI berada pada tahap sederhana. Maka kajian ini menyarankan agar pasangan mahasiswa yang berkahwin ketika masih belajar perlu mengamalkan stategi pengurusan kewangan yang betul bagi membantu pengurusan dan mengawal perilaku kewangan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan kewangan; matlamat; bajet; simpanan; mahasiswa berkahwin
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:14622
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2020 01:49
Last Modified:14 May 2020 06:18

Repository Staff Only: item control page