Kepelbagaian kumbang tanah (Coleoptera: Carabidae) di ladang sawit Endau-Rompin, Pahang, Malaysia

Nor-Izyani Ahmad Zaki, and Dzulhelmi Muhammad Nasir, and Azuan Aziz, and Luqman-Hakim Azhari, and Andi Saputra, and Madihah Halim, and Siti Asmah Muslim, and Nur-Athirah Abdullah, and Lailatul-Nadhirah Asri, and Faszly Rahim, (2019) Kepelbagaian kumbang tanah (Coleoptera: Carabidae) di ladang sawit Endau-Rompin, Pahang, Malaysia. Serangga, 24 (1). pp. 91-102. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
652kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1198/s...

Abstract

Coleoptera adalah kumpulan serangga yang mempunyai kepelbagaian yang tinggi dan memainkan peranan yang penting di dalam ekosistem. Ia turut mempunyai kepentingan ekonomi terutamanya di dalam industri sawit. Satu kajian mengenai kepelbagaian dan kelimpahan kumbang tanah (Coleoptera: Carabidae) pada jenis tanah berbeza di Ladang Kelapa Sawit Endau-Rompin, Pahang telah dijalankan dari tahun 2009 sehingga tahun 2012 Objektif kajian adalah untuk mengkaji kepelbagaian dan kelimpahan kumbang tanah Carabid dan menyediakan satu inventori kumbang tanah Carabid di ladang kelapa sawit Endau-Rompin, Pahang. Persampelan yang digunakan untuk kumbang tanah Carabid ini adalah menggunakan transek dan perangkap cahaya (UV). Sejumlah 657 individu kumbang tanah Carabid telah berjaya direkodkan untuk hasil kajian ini. Terdapat lima subfamili iaitu Harpalinae (75.64%), Trechinae (14.46%), Scaritinae (8.37%), Cicindelinae (1.38%) dan Lebiinae (0.15%) yang telah direkod. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H’) menunjukkan nilai kepelbagaian yang paling tinggi di kawasan tanah gambut cetek (H’:1.495) manakala yang paling rendah adalah di kawasan tanah gambut dalam (H’:0.904). Kajian pada ketiga-tiga jenis tanah ini tidak mempengaruhi bilangan spesies yang hadir di kawasan kajian ditunjukkan dengan chi-square kuasa dua tiada signifikan (p >0.05). Ujian kebarangkalian pertindihan spesies dilakukan berdasarkan kehadiran dan ketidakhadiran spesies kumbang tanah Carabid di lokasi kajian dan dibahagikan kepada empat kelompok.

Item Type:Article
Keywords:Kepelbagian; Kelimpahan; Serangga; Penanaman; Monokultur
Journal:Serangga
ID Code:14634
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 May 2020 03:42
Last Modified:17 May 2020 01:40

Repository Staff Only: item control page