Kajian morfometrik ke atas harvestmen (Arachnida: Opiliones) dari Lata Jarum, Pahang, Semenanjung Malaysia

Nur-Syahirah Mamat, and Dzulhelmi Muhammad Nasir, and Fatin-Athirah Pauzi, and Fatin-Elina Kamaruzaman, and Faszly Rahim, and Yosni Bakar, (2019) Kajian morfometrik ke atas harvestmen (Arachnida: Opiliones) dari Lata Jarum, Pahang, Semenanjung Malaysia. Serangga, 24 (1). pp. 173-198. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
988kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1198/s...

Abstract

Kajian taksonomi berasaskan morfometrik merupakan satu teknik yang sering digunakan untuk pemisahan spesies. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara spesies harvestmen berasaskan analisis morfometrik. Sampel harvestmen yang telah dikumpul dari Lata Jarum, Pahang dalam simpanan Pusat Sistematik Serangga UKM (PSSUKM) telah digunakan. Sebanyak 21 parameter morfometrik diukur dengan menggunakan Mikroskop Digital DinoLite dalam unit milimeter (mm). Hasil daripada analisis univariat tidak berkesan untuk memisahkan antara spesies. Analisis kanonikal diskriminan (CDA) menggunakan Nisbah Satu dapat membezakan kelima-lima spesies kepada empat kelompok iaitu Zaleptus quadrimaculata dengan Dentobunus luteus, Marthanella ferruginea, Marthana sp.1 dan Marthana sp.2 tetapi analisis Komponen Prinsipal (PCA) menggunakan data Nisbah Dua hanya dapat membezakan spesies kepada dua kelompok iaitu Zaleptus quadrimaculata, Dentobunus luteus, Marthana sp.1 dan Marthana sp.2 dan kelompok kedua hanya Marthanella ferruginea. Ciri penting yang dikesan oleh CDA dalam pemisahan spesies ialah EyeW/MaxLDS, DBEye/MaxLDS, FemurL/MaxLDS dan TibiaL/MaxLDS manakala ciri penting yang dikesan PCA ialah EyeW/MaxPro, DBEye/MaxWPro and MaxLOpi/MaxWOpi. Oleh itu, kajian morfometrik boleh digunakn dalam pengenalpastian spesies harvestmen dan dapat memberikan maklumat awal untuk mengelakkan kesilapan pengecaman spesies di masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Morphometric; Harvestmen; Species; Univariate analysis; Multivariate analysis
Journal:Serangga
ID Code:14641
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 May 2020 04:40
Last Modified:17 May 2020 01:49

Repository Staff Only: item control page