Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan?

Rohani Arbaa, and Hazri jamil, and Nordin Abd Razak, (2010) Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 61-69. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
118kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara dimensi-dimensi guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Kaedah kuantitatif melalui soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data. Seramai 458 orang pelajar tingkatan empat dipilih sebagai responden kajian melalui teknik pensampelan kelompok pelbagai peringkat. Borang soal selidik yang mengandungi empat konstruk iaitu komitmen belajar pelajar, penguasaan isi kandungan mata pelajaran, kemahiran penyampaian pengajaran guru dan hubungan guru-pelajar telah diedarkan kepada pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang sederhana antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen pelajar. Hubungan guru-pelajar dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen belajar pelajar. Secara relatifnya, pelajar perempuan menunjukkan komitmen belajar yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki, manakala status sosioekonomi pelajar didapati tidak mempengaruhi komitmen belajar pelajar.Kajian ini menunjukkan bahawa hubungan guru-pelajar adalah faktor yang signifikan dalam meningkatkan komitmen belajar pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Guru berkualiti, komitmen belajar, hubungan guru-pelajar, komitmen belajar pelajar
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:1465
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 May 2011 08:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:29

Repository Staff Only: item control page