Penghasilan selulosa bakteria yang ekonomik daripada air kelapa tua

Nur Syafiqah Kamarudin, and Norliza Abdul Rahman, and Mohd. Sahaid Kalil, and Siti Kartom Kamarudin, and Faezah Esa, (2019) Penghasilan selulosa bakteria yang ekonomik daripada air kelapa tua. Malaysian Applied Biology, 48 (2). pp. 83-87. ISSN 0126-8643

[img]
Preview
PDF
60kB

Official URL: http://www.mabjournal.com/index.php?option=com_con...

Abstract

Selulosa bakteria (SB) adalah biopolimer unik yang dihasilkan secara semula jadi oleh bakteria dan telah digunakan dalam pelbagai jenis industri. Berbanding selulosa tumbuhan, SB mempunyai struktur yang lebih tulen. Penghasilan SB pada skala yang besar khususnya bagi tujuan perindustrian memerlukan penelitian bagi setiap proses dan kos operasi. Penggunaan air kelapa tua yang merupakan sisa buangan domestik sebagai media fermentasi di dalam penghasilan selulosa bakteria merupakan salah satu alternatif dalam mengatasi masalah pencemaran disebabkan oleh pembuangan larutan ini malah ia mampu mengurangkan kos fermentasi. Keadaan optimum proses fermentasi ditentukan melalui kaedah sambutan permukaan (RSM) dengan memanipulasi suhu, bacaan pH dan tempoh fermentasi. Sebanyak tiga perbandingan dengan kajian terdahulu telah dilakukan melalui simulasi loji pemprosesan SB menggunakan perisian SuperoPro Designer. Keputusan menunjukkan reka bentuk daripada kajian ini memerlukan kos operasi yang paling murah berbanding alternatif lain iaitu sebanyak RM261/ kelompok dan ini menjadikannya reka bentuk loji pemprosesan yang ekonomik dan berpotensi untuk diaplikasi.

Item Type:Article
Keywords:Selulosa Bakteria; Air kelapa tua; Fermentasi; Ekonomik; Proses simulasi
Journal:Malaysian Applied Biology Journal
ID Code:14670
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2020 07:00
Last Modified:21 May 2020 14:11

Repository Staff Only: item control page