Noor Sharizad Rusly, and Latifah Amin, and Zinatul Ashiqin Zainol, and Nik Marzuki Sidik, and Zurina Mahadi, and Maznah Ibrahim, (2019) Sikap pihak berkepentingan terhadap kecukupan peraturan dalam undang-undang biokeselamatan di Malaysia. Malaysian Applied Biology, 48 (2). pp. 89-95. ISSN 0126-8643
|
PDF
64kB |
Official URL: http://www.mabjournal.com/index.php?option=com_con...
Abstract
Malaysia telah mengenal pasti bioteknologi sebagai salah satu daripada lima teknologi utama yang mampu menjadi pemacu transformasi Malaysia ke arah negara perindustrian menjelang 2020. Namun begitu, pembangunan yang pesat dalam bidang ini telah mendatangkan kebimbangan masyarakat, lebih-lebih lagi yang melibatkan isu biokeselamatan. Di Malaysia, Akta Biokeselamatan 2007 telah diluluskan pada 11 Julai 2007 dan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2009 untuk mengawal selia bioteknologi moden dan hasilannya. Namun terdapat kritikan yang mengusulkan beberapa kekurangan peraturan dalam akta ini berkaitan aspek bioetika dan sosioekonomi. Justeru penilaian kecukupan peraturan yang sedia ada untuk memastikan keselamatan penggunaan bioteknologi dan hasilannya, perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepercayaan terhadap pihak kerkeutamaan, keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia, dan sikap terhadap kecukupan peraturan biokeselamatan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, satu set soal selidik telah diedarkan kepada 451 orang responden yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan di Lembah Klang. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan program SPSS versi 18.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia adalah rendah dan tahap kepercayaan terhadap pihak berkeutamaan sebagai sederhana. Pihak berkepentingan menilai kecukupan struktur kawal selia, kecukupan penilaian dan pengurusan risiko, pengambilkiraan prinsip penting dalam Akta Biokeselamatan 2007, kecukupan denda, kecukupan hebahan umum dan sikap keseluruhan terhadap biokeselamatan sebagai sederhana.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sikap; Kecukupan; Peraturan; Undang-undang Biokeselamatan |
Journal: | Malaysian Applied Biology Journal |
ID Code: | 14671 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 May 2020 07:29 |
Last Modified: | 21 May 2020 14:12 |
Repository Staff Only: item control page