Norlida Mat Daud, and Nurul Hidayah Abdul Razak, and Nurul Huda Ngadimen, (2019) Ciri-ciri fizikokimia, aktiviti antioksida dan indeks glisemik produk minuman berasaskan buah-buahan yang disebutkan dalam Al-Quran. Malaysian Applied Biology, 48 (2). pp. 115-123. ISSN 0126-8643
|
PDF
113kB |
Official URL: http://www.mabjournal.com/index.php?option=com_con...
Abstract
Sejak akhir-akhir ini, trend pengambilan produk makanan berasaskan buah-buahan yang disebutkan dalam al-Quran (PMBQ) semakin meningkat dalam kalangan Muslim Malaysia. Produk-produk makanan ini didakwa mempunyai kesan yang baik untuk kesihatan seperti buah-buahan sebenar. Walaubagaimanapun, bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini amat berkurangan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan ciri-ciri fizikokimia, aktiviti antioksida dan indeks glisemik (IG) lima produk jus campuran PMBQ tempatan. Sampel dianalisis untuk pH, warna, kelikatan, jumlah pepejal larut dan asid askorbik. Aktiviti antioksida ditentukan menggunakan asai 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil and kuasa antioksida penurunan ferik. Jumlah kandungan fenolik (JKF) juga diukur. IG ditentukan menggunakan kaedah pencucukan jari. Keputusan menunjukkan bahawa produk kajian mempunyai pH, warna dan kelikatan yang boleh diterima. Walaubagaimanapun, aktiviti antioksida dan JKF produk adalah rendah berbanding dengan jus buah-buahan segar. Hanya Produk C mempunyai IG yang rendah (45.4) manakala produk lain mempunyai nilai IG yang tinggi (>70). Kesimpulannya, produk kajian mempunyai ciri-ciri fizikokimia yang baik. Namun begitu, kualiti pemakanannya tidak sama seperti buah-buahan sebenar, yang mungkin dipengaruhi oleh pemprosesan makanan. Individu terutamanya pesakit diabetes dinasihatkan untuk berhati-hati dengan produk-produk seperti ini kerana ia boleh meningkatkan paras glukosa darah. Sebaliknya, pengambilan buah-buahan asli adalah pilihan yang lebih baik dalam pengawalan kesihatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ciri-ciri fizikokimia; Aktiviti antioksida; Paras glukosa darah; Indeks glisemik |
Journal: | Malaysian Applied Biology Journal |
ID Code: | 14675 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 May 2020 01:08 |
Last Modified: | 27 May 2020 01:06 |
Repository Staff Only: item control page