Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam: satu kajian kes

Tamam Timbang, and Zamri Mahamod, and Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, and Jamaludin Badushah, (2010) Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam: satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 77-85. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
174kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan Brunei Darussalam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Data kualitatif diperoleh sepenuhnya melalui temu bual mendalam. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid, empat orang ibu bapa dan enam orang guru daripada empat buah sekolah rendah di Brunei Darussalam. Penghuraian, pentafsiran dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Kebolehpercayaan diperoleh dengan menggunakan nilai perkali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan Nvivo 7 dan dapatan kajian dilaporkan dalam dua bahagian, iaitu profil sekolah dan peserta kajian serta berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid darjah enam sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam disebabkan oleh (1) faktor individu, (2) psikologi,(3) faktor kaedah pengajaran guru, (4) masa pengajaran, (5) faktor persekitaran, dan (6) buku teks bacaan yang digunakan. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi mengatasi masalah membaca murid-murid darjah enam di Brunei Darussalam

Item Type:Article
Keywords:Masalah membaca, kajian kes, kaedah temu bual mendalam, sekolah rendah kerajaan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:1468
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 May 2011 08:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:29

Repository Staff Only: item control page