Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan Sekolah Menengah Malaysia

Bity Salwana Alias, and Ahmad Basri Md.Yusoff, and Ramlee Mustapha, and Mohammed Sani Ibrahim, (2010) Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan Sekolah Menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 31-41. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
452kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html

Abstract

Kajian ini meninjau kompetensi pengetua Malaysia berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat,persekitaran dan kemudahan fizikal, sumber manusia, dan perhubungan luar. Selain itu, kemahiran dan amalan pengetua dalam menentukan hala tuju sekolah turut dikenal pasti. Kerangka kajian adalah berdasarkan Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia dan Standard Kebangsaan Pengetua Wales. Data kuantitatif diperoleh dengan mengedarkan soal selidik kepada 314 responden pengetua, 720 responden penolong kanan dan 611 responden ketua bidang. Data kualitatif pula diperoleh dengan menemu bual tujuh orang pengetua, empat orang penolong kanan dan tiga orang ketua bidang. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data kuantitatif, manakala data kualitatif dianalisis secara manual. Dapatan menunjukkan kompetensi pengetua berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan dan kemahiran adalah tinggi. Temu bual menjelaskan amalan pengurusan pengetua dalam setiap bidang didapati menyokong dapatan data kuantitatif. Bagaimanapun didapati dalam semua bidang pengurusan, pengetua memerlukan sokongan warga sekolah dan pihak luar untuk mengurus dengan lebih berkesan

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi, kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran, pengurusan sekolah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:1470
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 May 2011 08:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:29

Repository Staff Only: item control page