Pembangunan instrumen kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan menggunakan model pengukuran rasch pelbagai faset

Siti Rahayah Ariffin, and Jamil Ahmad, and Nur' Ashiqin Najmuddin, (2010) Pembangunan instrumen kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan menggunakan model pengukuran rasch pelbagai faset. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 43-50. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
117kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html

Abstract

Kemahiran generik adalah sesuatu yang subjektif sifatnya. Oleh itu, pengukurannya boleh dibuat melalui rangkaian pembuktian seperti penilaian kendiri, rakan sebaya, guru atau pensyarah dan penggunaan portfolio. Kajian ini akan menghasilkan satu instrumen dengan menggunakan salah satu daripada aspek pengukuran tersebut, iaitu penilaian pensyarah. Instrumen ini mengandungi sembilan konstruk kemahiran, iaitu kemahiran kerja berpasukan,berkomunikasi, kepemimpinan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika, moral dan profesional, sosial dan pengurusan. Kajian ini menggunakan Model Pengukuran Rasch Pelbagai-Faset (Many-Facets Rasch Measurement) yang melibatkan tiga faset, iaitu pelajar,item dan pensyarah penilai serta dianalisis dengan menggunakan perisian Facets 3.64.0. Penilai terdiri daripada 17 orang pensyarah dan subjek yang dinilai ialah 194 orang pelajar tahun 1 ambilan 2008/2009 di sebuah institusi pengajian tinggi. Instrumen yang telah ditadbir menunjukkan kebolehpercayaan bagi kesemua sembilan konstruk tersebut berada di antara 0.95-0.96. Item-item juga disemak dari segi keserasian data dengan Model Pengukuran Rasch dengan melihat nilai outfit mean square dan infit mean square. Peratus persetujuan antara penilai adalah di antara 43.4% – 49.5% dan menunjukkan nilai yang melebihi daripada jangkaan Model Pengukuran Rasch. Konsistensi penilai dalam membuat penilaian juga dilihat melalui analisis fit. Berdasarkan dapatan awal yang diperoleh mendapati instrumen yang dibina sesuai untuk digunakan bagi mengukur kemahiran generik pelajar berasaskan perspektif pensyarah.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran generik, pengukuran Rasch pelbagai faset, penilaian, kebolehpercayaan, kesahan
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:1471
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 May 2011 08:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:29

Repository Staff Only: item control page