Kepelbagaian Pelajar dan Sekolah: Satu Kajian Kes di Negeri Pahang

Abdul Razaq Ahmad, and Anisa Saleha, and Zalizan Mohd Jelas, and Ahmad Ali Seman, (2010) Kepelbagaian Pelajar dan Sekolah: Satu Kajian Kes di Negeri Pahang. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 87-95. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
110kB

Official URL: http://www.ukm.my/~jurfpend/contents_bm.html

Abstract

Kepelbagaian pelajar ialah asas untuk menginklusifkan sekolah supaya keperluan semua pelajar dapat diberi layanan untuk mengoptimumkan pembelajaran mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah. Domain dari School Directory Inventory (Gottfredson & Jones 2001) digunakan. Kepelbagaian sekolah dari aspek pelajar adalah merujuk kepada faktor jantina, kaum, kawasan tempat tinggal dan pendapatan keluarga. Metodologi yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes yang melibatkan seramai 335 orang pelajar dari daerah Temerloh, Maran, dan Kuantan di negeri Pahang. Data dianalisis menggunakan SPSS (Statiscal Package For The Social Science Versi 15) menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi iaitu min, ujian-t dan ANOVA. Melalui kajian rintis yang dilakukan di dapati kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan Cronbach Alfa adalah di tahap yang tinggi iaitu 0.803. Dapatan kajian menunjukkan tahap min perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah adalah di tahap yang sederhana iaitu 2.70. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di bawah aras 0.5 bagi perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah berdasarkan jantina dan kaum. Berdasarkan analisis Anova, perspektif pelajar terhadap kepelbagaian sekolah berdasarkan kaum, pendapatan keluarga dan kawasan tempat tinggal menunjukkan perbezaan signifikan. Situasi ini menunjukkan latar belakang pelajar mempunyai hubungan terhadap tahap penerimaan kepelbagaian sekolah. Implikasi kajian menunjukkan pelbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya berusaha untuk meningkatkan tahap penerimaan kepelbagaian sekolah dalam kalangan pelajar bagi menjamin kualiti pendidikan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan keupayaan pelajar ke arah slogan “Satu Malaysia”

Item Type:Article
Keywords:Kajian kes; pelajar; sekolah; kepelbagaian
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:1472
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 May 2011 08:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:29

Repository Staff Only: item control page