Penyahwarnaan efluen kilang minyak kelapa sawit (POME) melalui proses pengoksidaan Fenton secara berterusan menggunakan limonit sebagai pemangkin

Nur Fazlinda Razali, and Chia, Chin Hua and Sarani Zakaria, and Mohd Shaiful Sajab, and Tobe, Tatsuya and Tsuda, Miku (2020) Penyahwarnaan efluen kilang minyak kelapa sawit (POME) melalui proses pengoksidaan Fenton secara berterusan menggunakan limonit sebagai pemangkin. Sains Malaysiana, 49 (1). pp. 69-74. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil1_2...

Abstract

Industri minyak sawit mempunyai impak yang besar ke atas alam sekitar terutama di Malaysia. Efluen kilang minyak sawit (POME) merupakan air buangan yang mengandungi sebatian organik yang berasal daripada bahan boleh urai dan sedia direput oleh mikroorganisma. Teknologi rawatan POME masa kini banyak bertumpu kepada kaedah biologi untuk mengurangkan permintaan oksigen kimia (COD), permintaan oksigen bio-kimia (BOD) dan jumlah karbon organik (TOC). Walau bagaimanapun, kebanyakan proses biologi tidak dapat menguraikan warna yang terdapat dalam POME. Kajian ini mengkaji potensi teknologi pengoksidaan Fenton menggunakan biji limonit sebagai pemangkin kepada hidrogen peroksida untuk merawat POME selepas proses rawatan biologi yang diperoleh daripada kilang minyak kelapa sawit. Keputusan menunjukkan dengan hanya 50 mM H2O2 boleh menyahwarnakan POME sebanyak 800-1000 PtCo secara berterusan dengan pengekalan masa 1 jam pada pH 3.

Item Type:Article
Keywords:Limonit; Pengoksidaan Fenton; POME; Sistem kolum berterusan; Warna
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14732
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jun 2020 03:26
Last Modified:12 Jun 2020 07:18

Repository Staff Only: item control page