Ciri fizikal dan mikroskopi anatomi kayu Malvaceae subfamili Bombacoideae dan Helicteroideae

Nordahlia Abdullah Siam, and Noraini Talip, and Chung, Richard Cheng Kong and Lim, Seng Choon (2020) Ciri fizikal dan mikroskopi anatomi kayu Malvaceae subfamili Bombacoideae dan Helicteroideae. Sains Malaysiana, 49 (2). pp. 223-236. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil2_2...

Abstract

Kajian mengenai ciri fizikal dan mikroskopi anatomi kayu telah dijalankan pada 36 spesies Malvaceae subfamili Bombacoideae (genus Bombax) dan Helicteroideae (genus Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia) di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan kesesuaian penempatan genus Bombax dan Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia di bawah subfamili berbeza iaitu Bombacoideae and Helicteroideae dengan membandingkan hasil analisis fenetik berangka dan pengelasan berdasarkan molekul DNA; menentukan kesesuaian penempatan kelompok Helicteroideae: Durioneae di bawah subfamili Helicteroideae bersama dengan genus kelompok Helicteroideae s.s.; dan menyemak status Boschia sama ada sebagai genus tersendiri atau perlu digabungkan dengan Durio. Hasil analisis fenetik berangka menyokong cadangan pengelasan berdasarkan molekul DNA yang mengasingkan Bombax (Bombacoideae) daripada subfamili Helicteroideae. Keputusan analisis fenetik berangka juga menunjukkan bahawa kelompok Helicteroideae: Durioneae (Coelostegia, Durio, Kostermansia dan Neesia) perlu dikeluarkan daripada subfamili Helicteroideae dan dicadangkan untuk diletakkan di bawah subfamili baharu iaitu Durionoideae. Sebaliknya, kajian ini menolak cadangan pengelasan yang menaikkan subfamili Bombacoideae kepada famili Bombacaceae, subfamili Helicteroideae s.s. kepada famili Helicteradaceae dan subfamili Helicteroideae: Durioneae kepada famili Durionaceae. Hasil analisis fenetik berangka menunjukkan Boschia perlu digabungkan dengan Durio.

Item Type:Article
Keywords:Analisis fenetik berangka; Anatomi kayu; Bombacoideae; Helicteroideae; Malvaceae
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:14754
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jun 2020 00:42
Last Modified:22 Jun 2020 07:41

Repository Staff Only: item control page