Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, (2019) Epistemologi dan metodologisains Islam di era Revolusi Industri 4.0. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 13-23. ISSN 0216-5636
|
PDF
386kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202
Abstract
Revolusi Industri Keempat merupakan satu perubahan yang berlaku secara drastik kepada peradaban manusia di mana dunia menyaksikan penggunaan Internet of Things (IoT) dan perkembangan teknologi tanpa batas sempadan. Penggerak utama kepada Revolusi Industri Keempat ini iaitu sains dan penciptaan teknologi berasaskan IoT serta Artificial Intelligence (AI) merubah makna menjadi manusia (post-humanism). Sains dalam tamadun Islam muncul sebagai hasil daripada pandangan alamnya yang syumul, justeru sains era Revolusi Industri Keempat kini tidaklah boleh diterima kebenarannya secara membuta tuli kerana asas epistemologi dan metodologinya yang asing daripada asas epistemologi dan metodologi Islam. Berdasarkan premis di atas, umat Islam memerlukan sains yang tersendiri, hasil daripada pandangan hidup dan nilainya yang sejati. Karya ini meneliti premis epistemologi dan metodologi sains Islam berdasarkan kaedah analisis dokumen yang terkandung dalam penulisan beberapa orang pemikir Islam seperti Ziauddin Sardar, Alparslan Acikgenc dan Osman Bakar secara umum. Ia pada akhirnya merumuskan bahawa sains dan teknologi Islam mempunyai kerangkanya yang tersendiri dan menjadi alternatif kepada sains dan teknologi Barat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Epistemologi; Sains; Teknologi; Islam; 4IR |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 14781 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Jun 2020 02:32 |
Last Modified: | 29 Jun 2020 08:31 |
Repository Staff Only: item control page