Fasa dasar luar Turki: satu kajian di timur laut Afrika sejak 1523M

Muhammad Fauzan Rosli, and Ermy Azziaty Rozali, (2019) Fasa dasar luar Turki: satu kajian di timur laut Afrika sejak 1523M. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 25-36. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202

Abstract

Dasar luar Republik Turki di Afrika semakin pragmatis sejak 2005. Pencapaian kerajaan Turki di wilayah timur laut Afrika walau bagaimanapun, adalah rentetan hubungan lampau yang dirintis oleh daulah ‘Uthmaniyyah semenjak kurun ke-16M. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti peranan dan hubungan sejarah ‘Uthmaniyyah dengan dasar luar kerajaan Turki. Kajian kualitatif ini dijalankan melalui kaedah kepustakaan serta berpandukan sumber-sumber berautoriti terutama daripada pihak kerajaan Turki. Maklumat yang diperolehi dianalisis bagi melihat persamaan, dibuat perbandingan serta menghasilkan interpretasi terhadap faktor yang menggerakkan dasar luar tersebut pada setiap fasa. Kajian mendapati, hubungan ‘Uthmaniyyah dan dasar luar Turki di timur laut Afrika telah melalui tiga tempoh fasa jatuh dan bangun. Fasa pertama tercetus atas pengaruh individu dalam dasar luar ‘Uthmaniyyah dengan perluasan wilayah serta menguasai laluan perdagangan. Setelah itu, berkembang kepada fasa organisasi separa-tersusun yang pada awalnya memberi perhatian kepada dasar perluasan kuasa dan asimilasi tersusun oleh Khedive Mesir, bertukar kepada kerjasama ekonomi dan kebudayaan sepanjang dekad 1950-an hingga 2000-an. Ketika fasa organisasi tersusun berlaku simbiosis antara agensi kerajaan dengan agensi bukan kerajaan (NGO) yang merangkumi kesatuan ekonomi dan kemanusiaan, menyaksikan keberkesanan dasar luar Turki yang semakin matang.

Item Type:Article
Keywords:Dasar luar Turki; Timur laut Afrika; Pengaruh individu; Organisasi tersusun; Agensi bukan kerajaan (NGO)
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:14782
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jun 2020 02:37
Last Modified:29 Jun 2020 08:34

Repository Staff Only: item control page