Mohamad Khairi Haji Othman, and Alis Puteh, and Mohd Zailani Mohd Yusoff, and Fauziah Abdul Rahim, (2019) Keperluan penggunaan modul etika kerja guru dalam meningkatkan penghayatan nilai pelajar. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 49-57. ISSN 0216-5636
|
PDF
242kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202
Abstract
Untuk melahirkan masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil dan progresif, setiap guru harus memainkan peranan sebagai role model kepada pelajar. Kepatuhan guru terhadap etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kod etika guru dan Standard Guru Malaysia perlu dititikberatkan bagi melahirkan golongan pendidikan yang memiliki nilai etika yang baik dan berkualiti tinggi. Menyedari kepentingan ini, satu modul etika kerja guru telah dibina khusus bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan amalan tentang etika kerja bertujuan melahirkan guru yang berkualiti pada masa kini dan pada masa hadapan. Artikel ini memberi tumpuan kepada pembinaan modul tersebut yang telah dibuat berdasarkan Model Pembinaan Modul yang telah perkenalkan oleh Sidek Noah. Dalam membangunkan sesebuah modul, Model ini telah menetapkan dua peringkat, iaitu sembilan langkah di peringkat pertama dan dua langkah di peringkat kedua. Modul etika kerja ini telah melalui kesemua peringkat yang dicadangkan. Berdasarkan hasil penilaian yang dilakukan oleh pakar penilai modul mendapati bahawa aras pekali secara keseluruhan bagi kesahan modul adalah 0.79 dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk modul etika kerja KPM adalah tinggi iaitu 0.95. Dapatan kajian membuktikan bahawa modul etika kerja KPM ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini mendapati, semua aktiviti yang terkandung dalam modul ini adalah sesuai dan boleh digunakan sebagai alat, bahan, sumber dan panduan yang boleh memberi bimbingan, kesedaran, keinsafan, semangat dan motivasi kepada semua guru sekolah di seluruh Malaysia. Ia juga berupaya meningkatkan kesedaran dan kualiti tingkah laku para guru dan pelajar sekaligus meningkatkan penghayatan nilai murni dalam kalangan guru dan pelajar. Modul yang dihasilkan ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk melahirkan para guru yang berkualiti pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Modul; Etika; Kerja; Guru; Penghayatan nilai |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 14784 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Jun 2020 02:50 |
Last Modified: | 29 Jun 2020 08:51 |
Repository Staff Only: item control page