Kesediaan remaja hamil luar nikah terhadap program kerohanian di pusat perlindungan wanita

Khairul Hamimah Mohammad Jodi, and Nurul Husna Mansor, (2019) Kesediaan remaja hamil luar nikah terhadap program kerohanian di pusat perlindungan wanita. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 59-68. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202

Abstract

Penubuhan institusi perlindungan wanita di Malaysia adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab bagi membantu golongan remaja bermasalah. Secara umumnya, setiap institusi perlindungan beroperasi menggunakan modul tersendiri yang telah dibangunkan secara khusus oleh pihak-pihak yang berkepakaran, berpengalaman dan berautoriti. Matlamat utama pembinaan modul tersebut adalah bertujuan membangun dan memulihkan akhlak remaja bermasalah yang mendapatkan perlindungan di institusi tersebut. Ringkasnya, kandungan modul yang dihasilkan bersifat menyeluruh dan seimbang merangkumi aspek pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Berdasarkan kajian lepas, penekanan terhadap aspek kerohanian dikenal pasti berupaya membantu remaja bermasalah dalam dalam proses pemulihan. Namun begitu, sejauh manakah mereka bersedia terhadap pengisian kerohanian yang dijalankan dalam proses pemulihan jati diri setelah meninggalkan pusat perlindungan kelak? Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan remaja hamil luar nikah terhadap pengisian kerohanian di pusat perlindungan wanita terpilih. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes. Dua teknik utama dalam proses pengumpulan data digunakan iaitu pemerhatian dan temu bual terhadap remaja hamil luar nikah di dua buah pusat perlindungan wanita terpilih iaitu Baitul Ehsan dan Asrama Bahagia. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis secara tematik mengikut soalan yang telah disediakan terhadap sebarang isu yang timbul. Kajian mendapati remaja yang telah ditempatkan di pusat ini menunjukkan reaksi positif dan menerima setiap pengisian yang dijalankan dengan berlapang dada. Selain itu, majoriti daripada mereka juga didapati bersetuju dengan isi kandungan modul kerohanian yang disampaikan seterusnya bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Kesediaan remaja ini penting sebagai kayu ukur dalam membantu penambahbaikan modul yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Kesediaan; Remaja hamil luar nikah; Pengisian kerohanian; Pusat perlindungan wanita dan pemulihan remaja
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:14785
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jun 2020 02:56
Last Modified:29 Jun 2020 08:53

Repository Staff Only: item control page