Zul`azmi Yaakob, and Zailan Moris, (2019) Merangka semula falsafah keamanan sejagat dalam konteks Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 69-81. ISSN 0216-5636
|
PDF
199kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202
Abstract
Malaysia masih kekal aman sejak kemerdekaan sebagai hasil daripada pelaksanaan ideologi dan dasar yang mengutamakan kepentingan semua rakyat di negara ini. Ideologi dan dasarnya yang sederhana digubal untuk menjanjikan keamanan dan kestabilan yang berterusan, dan rakyat sentiasa merasa selamat serta dapat menikmati manfaat pembangunan yang disediakan oleh kerajaan. Selain aktiviti pembinaan keamanan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan untuk membantu negara-negara yang mengalami konflik, Malaysia kelihatan terselamat daripada cabaran tersebut. Walau bagaimanapun, di abad ke dua puluh satu ini, Malaysia sebenarnya menghadapi masalah yang lebih mencabar iaitu berkaitan perlanggaran etika, politik, ekologi dan rohani. Cabaran-cabaran ini mesti ditangani untuk mencapai keamanan sejagat. Kajian kualitatif ini menganalisis rangka kerja Malaysia berdasarkan falsafah dan cabarannya yang tersendiri, melalui penekanan kepada isu-isu tersebut. Jelas sekali, krisis sedemikian perlu ditangani menerusi prinsip realiti metafizik, yang terdapat dalam Falsafah Ketuhanan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Falsafah; Keamanan; Hak asasi manusia; Politik; Alam sekitar |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 14786 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Jun 2020 03:01 |
Last Modified: | 29 Jun 2020 08:55 |
Repository Staff Only: item control page