Pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah dalam kalangan pensyarah Tahfiz al-Quran di Malaysia

Ashraf Ismail, and Ab. Halim Tamuri, and Nurul Hudaa Hassan, (2019) Pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah dalam kalangan pensyarah Tahfiz al-Quran di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 93-98. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
127kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202

Abstract

Tahfiz al-Quran adalah satu mata pelajaran tradisi yang menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang zaman. Kelebihan mempelajari bidang ini telah disebut dalam kebanyakan kitab muktabar karangan ulama silam. Di Malaysia, ia menjadi mata pelajaran teras dan wajib diikuti oleh semua pelajar dalam program tahfiz al-Quran termasuklah Diploma Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tonggak penting dalam pengajaran bidang ini adalah pensyarah atau tenaga pengajar yang melaksanakan pengajaran. Artikel ini adalah hasil analisa dapatan kajian berkaitan pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah dalam pengajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. Tulisan ini adalah hasil kajian kualitatif ini terhadap pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Seramai enam orang pensyarah Tahfiz al-Quran dari empat buah Maahad Tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dipilih sebagai peserta di dalam kajian ini. Data kajian ini telah diperoleh melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan semua peserta kajian menyatakan bahawa mereka mengamalkan kaedah talaqqi dan mushafahah. Namun berdasarkan pemerhatian didapati kaedah tersebut tidak diamalkan sepenuhnya kerana mereka lebih mengutamakan kaedah tasmi’. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran melalui kaedah talaqqi dan mushafahah kerana kaedah ini telah dipelopori sejak penerimaan wahyu pertama ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS.

Item Type:Article
Keywords:Tahfiz al-Quran; Amalan pengajaran dan pembelajaran; Talaqqi; Mushafahah; Malaysia
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:14788
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jun 2020 04:01
Last Modified:30 Jun 2020 00:32

Repository Staff Only: item control page