Pendekatan Syeikh Daud al-Fatani dalam menganalisis permasalahan Sifat Dua Puluh

Abdull Rahman Mahmood, and Wan Haslan Khairuddin, (2019) Pendekatan Syeikh Daud al-Fatani dalam menganalisis permasalahan Sifat Dua Puluh. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 99-108. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
252kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202

Abstract

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1133H-1847M) atau nama penuhnya ialah Wan Daud bin Wan Abdullah merupakan seorang tokoh ulama Nusantara yang prolifik dan karya-karya masih menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Artikel ini membincangkan pendekatan Syeikh Daud al-Fatani dalam menganalisis permasalahan Sifat Dua Puluh. Isu-isu utama yang menjadi perbincangan artikel ini ialah: [i] persoalan sifat Allah SWT; [ii] hakikat kewujudan Allah SWT; dan [iii] pembahagian sifat-sifat Allah SWT. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kajian analisis kandungan. Sumber primer yang menjadi asas dalam penulisan ini ialah karya-karya Syeikh Daud al-Fatani seperti al-Durr al-Thamin, Ward al-Zawahir dan Jawahir al-Saniyyah. Kesimpulannya, pendekatan Syeikh Daud al-Fatani dalam pembahagian sifat-sifat Allah SWT kepada sifat dua puluh adalah pengaruh daripada al-Sanusi dalam memahami persoalan sifat. Walau bagaimanapun Syeikh Daud sebagaimana al-Sanusi tidak mengisbatkan bahawa sifat Allah SWT hanya terbatas kepada dua puluh sifat sahaja kerana sifat kesempurnaan Allah SWT tidak ada had dan batasannya.

Item Type:Article
Keywords:Daud al-Fatani; al-Sanusi; Sifat 20; Umm al-Barahin; Kalam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:14789
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jun 2020 06:52
Last Modified:30 Jun 2020 00:24

Repository Staff Only: item control page