Strategi dan panduan kesantunan bahasa menurut perspektif Islam

Wan Siti Fatimatul Akmal W. Hassan, and Suhaila Zailani @ Ahmad, (2019) Strategi dan panduan kesantunan bahasa menurut perspektif Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 41 (1). pp. 117-124. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
227kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1202

Abstract

Bahasa menjadi medium perantaraan sebagai alat komunikasi bagi manusia untuk berhubung sesama mereka. Namun begitu, penggunaan bahasa seringkali menjadi satu konflik apabila wujudnya pergeseran dalam sesuatu interaksi yang tidak dipaksikan dengan nilai kesantunan. Bagi mengurangkan konflik dalam pertuturan, Islam telah menggariskan beberapa panduan dan syarat yang harus dipatuhi bagi seorang Muslim untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni dengan bersandarkan kepada dua sumber utama iaitu al-Quran dan hadis. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk berkongsi hasil kajian berkaitan strategi kesantunan berbahasa yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Kajian yang menggunakan kaedah analisis kandungan sepenuhnya ini telah mengupas dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis bagi mengukuhkan isi perbincangan kajian kesantunan bahasa. Selain itu, maklumat yang diperoleh daripada buku, artikel, jurnal dan tesis yang mengupas tentang perbahasan para sarjana berkaitan aspek kesantunan bahasa turut dikenalpasti bagi mendapatkan data sokongan. Hasil analisa dapatan kajian mendapati terdapat 4 strategi dikemukakan dalam al-Quran dan hadis dalam memupuk kesantunan berbahasa iaitu strategi salam, strategi komunikasi, strategi doa dan strategi syukur. Secara keseluruhannya, keempat-empat strategi yang dikemukakan ini membuktikan bahawa nilai kesantunan berbahasa menjadi panduan asas masyarakat untuk menggalakkan komunikasi yang lebih berkesan dan harmoni selari dengan tuntutan agama.

Item Type:Article
Keywords:Strategi; Panduan; Kesantunan bahasa; Islam; Al-Quran dan Hadis
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:14791
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jun 2020 07:07
Last Modified:30 Jun 2020 00:40

Repository Staff Only: item control page