Gregory Kiyai @ Keai, and Noria Tugang, (2020) Jabatan Muzium Sarawak: perkembangan sebelum dan selepas merdeka. Jurnal Arkeologi Malaysia, 33 (1). pp. 41-48. ISSN 0128-0732
|
PDF
312kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...
Abstract
Muzium adalah refleksi peradaban sesebuah negara dari aspek sejarah, warisan, budaya, adat, ekonomi, politik dan juga sosial. Fungsi muzium adalah menyimpan dan memelihara objek-objek budaya yang dirasakan mempunyai signifikan dan nilai dalam pembentukan identiti sesebuah negara. Muzium Sarawak yang telah berdiri selama satu abad menjadi saksi mata bisu kepada pelbagai perubahan budaya, sejarah, politik serta sosial masyarakat di negeri ini. Oleh itu, kertas kerja ini memfokuskan kepada perkembangan Muzium Sarawak bermula sejak zaman pemerintahaan Brooke sehinggalah kepada Malaysia moden kini. Metodologi kertas kerja ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menemubual beberapa orang kurator di Jabatan Muzium Sarawak serta menggunakan data skunder melalui penelitian buku dan jurnal bagi memantapkan lagi penyelidikan ini. Akhir dapatan kertas kerja ini akan melihat kepada perbezaan dan pembaharuan fasa pembangunan Jabatan Muzium Sarawak berdasarkan kepada perkembangan zaman, peranan kuratornya serta sumbangannya kepada Negeri Sarawak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Budaya; Muzium; Sarawak; Warisan |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 14795 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Jun 2020 04:42 |
Last Modified: | 30 Jun 2020 01:47 |
Repository Staff Only: item control page