Penyelidikan arkeologi bawah air di Semenanjung Malaysia (1902-2015)

Zainuddin Baco, and Stephen Chia, (2020) Penyelidikan arkeologi bawah air di Semenanjung Malaysia (1902-2015). Jurnal Arkeologi Malaysia, 33 (1). pp. 49-63. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
486kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Penyelidikan arkeologi bawah air di Semenanjung Malaysia telah menjangkau usia lebih daripada satu abad, suatu jangka masa yang sepatutnya memperlihatkan bidang ini telah kukuh daripada segi penyelidikan, teknologi dan hasil kajiannya. Walau bagaimanapun, jika diteliti bidang penyelidikan arkeologi bawah air tidak berkembang dengan seharusnya kerana bidang ini sering didominasi oleh para penjarah harta karam dan syarikat salvaj komersil. Tidak dinafikan bahawa Malaysia turut sebagaimana negara lain yang tidak terlepas dengan pelbagai isu dan masalah asas dalam memajukan bidang ini. Namun, alternatif mengunakan syarikat salvaj komersil dalam membangunkan dan menjalankan penyelidikan dengan menggunakan konsep pembahagian konsesi seharusnya menjadi pilihan yang terakhir. Oleh itu, artikal ini akan mengetengahkan sejarah penyelidikan tapak arkeologi bawah air di Semenanjung Malaysia menerusi tiga fasa tertentu iaitu fasa sebelum kemerdekaan (sehingga 1980), fasa JMA (1980-2005) dan fasa JWN (2006-2019). Perihal setiap fasa adalah selaras dengan kaedah dan dasar pengurusan oleh pihak berkepentingan.

Item Type:Article
Keywords:Penyelidikan arkeologi bawah air; Warisan kebudayaan bawah air
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:14796
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2020 06:05
Last Modified:30 Jun 2020 01:48

Repository Staff Only: item control page