Reka bentuk dekorasi dan ragam hias pada batu nisan Aceh di Tapak Lamreh Aceh Besar, Aceh, Indonesia

Saryulis, and Ibrahim, Husaini and Mokhtar Saidin, (2020) Reka bentuk dekorasi dan ragam hias pada batu nisan Aceh di Tapak Lamreh Aceh Besar, Aceh, Indonesia. Jurnal Arkeologi Malaysia, 33 (1). pp. 65-72. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
865kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Tapak Lamreh merupakan daerah yang banyak dijumpai pelbagai artifak di antaranya ialah batu nisan Aceh. Batu nisan Aceh yang dijumpai pada tapak ini sangat beragam reka bentuk dekorasi dan ragam hiasnya. Penyelidikan ini mengamati dekorasi dan ragam hias batu nisan Aceh di tapak Lamreh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan deskriptif analisis terhadap ragam hias tersebut. Hasil analisis terhadap reka bentuk dekorasi dan ragam hias pada batu nisan Aceh telah mengenal pasti jenis ragam hias flora dan geometri. Kadang kala kedua ragam hias ini dikombinasikan dengan pelbagai reka bentuknya sehingga menghasilkan suatu ragam hias yang sangat unik. Antaranya ialah ragam hias flora seperti bunga awan sitangke, bunga teratai mekar, pucuk rebung, bunga gelima dan kalpataru (pohon hayat) manakala hiasan geometri yang dijumpai pada batu nisan tersebut adalah anyaman tali satu dan anyaman tali dua. Kadang kala anyaman tali tersebut digabungkan dengan hiasan flora. Selain itu, reka bentuk dekorasi yang dijumpai pada batu nisan Aceh menyerupai candi Dravidian atau masjid di Karnataka, India. Dekorasi tersebut didapati mempunyai pengaruh dari India pada bahagian badan kepala batu nisan Aceh. Oleh itu, kesenian masyarakat masa lalu di tapak Lamreh telah bercampur dengan budaya luar. Perpaduan kesenian tersebut mencerminkan budayanya yang beragam.

Item Type:Article
Keywords:Ragam hias; Reka bentuk; Batu nisan Aceh; Tapak Lamreh
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:14797
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2020 06:14
Last Modified:30 Jun 2020 01:51

Repository Staff Only: item control page