Konflik migran Cina dengan masyarakat peribumi Kalimantan Barat: suatu analisis Syair Perang Cina di Monterado

Steven Alezender, and Shaiful Bahri Md. Radzi, (2020) Konflik migran Cina dengan masyarakat peribumi Kalimantan Barat: suatu analisis Syair Perang Cina di Monterado. Jurnal Melayu, 19 (1). pp. 1-19. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
594kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1264

Abstract

Kalimantan tanah terasing yang bernilai. Realitinya pulau yang turut dijoloki dengan nama Borneo ini bukanlah sekadar hamparan tanah purba yang kosong seperti didakwa. Suatu masa dahulu, yakni diperkirakan sekitar abad ke-18 hingga 19 Masihi, kilauan emas khususnya di Kalimantan Barat pernah begitu menyilaukan pulau ini lantas menjadikannya sebagai administratif Kalimantan yang berharga. Keberadaan emas dalam jumlah yang banyak di Kalimantan Barat pada waktu itu mulai menjelmakan keterujaan dalam diri penguasa tempatan terutamanya Panembahan Mempawah dan Sultan Sambas, Sultan Umar Akkamuddin II sehingga memungkinkan mereka mengundang sejumlah migran Cina bagi mengusahakan lombong emas milik mereka yang akhirnya memberikan pulangan yang lumayan kepada kedua-dua kerajaan terbabit. Sungguhpun riwayat dagang emas di Kalimantan Barat pada waktu itu tidak semasyhur seperti di Singapura mahupun juga di Batavia, namun kehadirannya bawah kelolaan migran Cina menjanjikan tiga perkara iaitu kejayaan, kekuasaan dan konflik yang merupakan sebuah harga yang perlu dibayar oleh masyarakat peribumi di sana akibat emas yang berkilauan. Dengan menggunakan pendekatan sejarah dalam menekuni naskhah Syair Perang Cina di Monterado yang khusus merakamkan perisitwa konflik seperti yang diperkatakan, hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa sikap onar migran Cina yang mengeruhkan keadaan di Kalimantan Barat sehingga menjadi pencucuh kepada sumbu penentangan masyarakat peribumi di Kalimantan Barat.

Item Type:Article
Keywords:Kalimantan Barat; Emas; Migran Cina; Masyarakat peribumi; Perang Monterado
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14799
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2020 07:34
Last Modified:30 Jun 2020 01:43

Repository Staff Only: item control page