Kerumitan sebutan bunyi vokal dan diftong bahasa Melayu oleh pelajar Arab

Jasah Jumayza Ahmad, and Syafika Atika Othman, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2020) Kerumitan sebutan bunyi vokal dan diftong bahasa Melayu oleh pelajar Arab. Jurnal Melayu, 19 (1). pp. 20-34. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
882kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1264

Abstract

Kajian ini membincangkan kerumitan sebutan bunyi vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Arab. Perbezaan antara vokal Melayu dengan Arab mewujudkan kerumitan dalam sebutan pelajar Arab yang mempelajari bahasa Melayu. Vokal Arab yang hanya mengandungi tiga vokal asas, iaitu /ي/, /و/ dan /ا/ telah menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar Arab dalam menghasilkan vokal lain yang wujud dalam sistem vokal bahasa Melayu. Data kajian ini diperolehi daripada temu bual bersama dengan sepuluh orang pelajar Arab yang menuntut di Universititi Kebangsaan Malaysia (UKM) yang wajib mengambil dan lulus kursus bahasa Melayu. Pelajar Arab yang ditemu bual dikehendaki menyebut dua bentuk leksikal yang disediakan, iaitu hanya satu leksikal dan leksikal yang diikuti dengan leksikal lain dalam ayat. Perbezaan bentuk bunyi yang berlaku dalam representasi permukaan dengan representasi dalaman kata yang dihasilkan oleh pelajar Arab di UKM dijelaskan dengan menggunakan teori Transformasi Generatif (TG). Hasil kajian menunjukkan sememangnya pelajar Arab yang ditemu bual mengalami kerumitan dalam sebutan bunyi vokal. Ini dapat dilihat melalui proses fonologi yang terlibat, iaitu proses perendahan, peninggian dan peleburan vokal seperti dalam /teŋoɁ/ → [tiŋoɁ], /huʤan/ → [hoʤan] dan /gǝrai/ → [giri]. Kerumitan dalam penghasilan bunyi vokal bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Arab mungkin berbeza atau sama dengan pelajar asing dari negara lain. Hasil kajian ini mungkin berguna kepada guru-guru bahasa Melayu yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar asing.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Bahasa Arab; Vokal; Diftong; Fonologi
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14800
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2020 07:40
Last Modified:30 Jun 2020 01:39

Repository Staff Only: item control page