Analisis stilistik dalam teks Melayu Hikayat Abdullah

Md Zahril Nizam Md Yusoff, and Darwalis Sazan, and Noriah Mohamed, and Mohd Najib Abdul Rahim, (2020) Analisis stilistik dalam teks Melayu Hikayat Abdullah. Jurnal Melayu, 19 (1). pp. 54-74. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
779kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1264

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek stilistik atau gaya bahasa dalam teks Melayu klasik, iaitu Hikayat Abdullah (1849), karya Abdullah Munsyi. Teks ini telah ditransliterasikan kepada tulisan Rumi yang disusun semula oleh Kassim Ahmad (2004) versi ISTAC SpRBM61. Perbincangan tentang gaya teks ini bertitik tolak daripada pandangan bahawa karya Abdullah Munsyi telah meninggalkan unsur seni bahasa yang tersirat dalam kesusasteraan. Perubahan bahasa dalam karya Abdullah Munsyi turut dikaitkan dengan pendidikan bahasa Melayu yang kurang baik dan latar belakangnya yang berketurunan Tamil. Data bahasa dianalisis menggunakan penelitian secara deskriptif. Analisis data kajian berpandukan kerangka analisis stilistik Leech & Short (2007) untuk menghuraikan gejala bahasa dari sudut linguistik dengan fungsi sastera. Terdapat dua kategori yang difokuskan daripada kerangka ini, iaitu kategori leksikal dan penggunaan bahasa kiasan. Kesemua elemen linguistik pula dihuraikan dengan pendekatan komponen makna Leech (1981), seperti makna konseptual, makna konotatif, makna afektif, makna sosial atau stilistik, makna reflektif dan makna kolokatif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengarang masih mengekalkan gaya bahasa kreatif dari segi penggunaan leksikal yang diabstrak bagi mengimplimentasikan makna. Bagi kategori bahasa kiasan pula, pola leksikal dan nahuan untuk memperlihatkan kesejajaran makna dan penegasan unsur peristiwa. Penggunaan trope menjelaskan cara pengarang menggunakan unsur persekitaran bagi memaparkan peristiwa yang berlaku.

Item Type:Article
Keywords:Hikayat Abdullah; Stilistik; Leksikal; Pola leksikal dan nahuan; Penggunaan trope
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14802
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2020 07:48
Last Modified:30 Jun 2020 01:33

Repository Staff Only: item control page