Pengaruh dialek Melayu Brunei dalam dialek Melayu Sabah

Saidatul Nornis Hj. Mahali, (2020) Pengaruh dialek Melayu Brunei dalam dialek Melayu Sabah. Jurnal Melayu, 19 (1). pp. 105-123. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
635kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1264

Abstract

Kerap diandaikan bahawa bahasa Melayu Brunei mempengaruhi bahasa-bahasa lain di Pulau Borneo. Gejala ini dapat dilihat dalam tulisan Nothofer (1991), menurutnya kadar multilingualisme di Brunei sangat tinggi dan bahasa Melayu Brunei sedang berfungsi pada tahap supra-regional. Selain itu, terdapat catatan bukti linguistik yang menunjukkan pengaruh dialek Melayu Brunei pada wilayah yang lebih luas contohnya, dialek Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pergaulan antara etnik di Sabah masih berteraskan bahasa Melayu Brunei (Collins, 1990). Secara tidak langsung dialek Melayu Brunei telah menyumbangkan banyak perkataan kepada kosa kata bahasa-bahasa lain di pulau Borneo. Hal ini sememangnya amat lazim dalam konteks pertembungan dan interaksi bahasa (Collins, 1981). Justeru, Sabah sebagai sebuah wilayah yang pernah berada di bawah pertuanan Brunei secara tidak langsung turut merasai dan menerima pengaruh kebahasaan khususnya daripada aspek hubungan sosiolinguistik dan sejarah bahasa. Apatah lagi, umum mengetahui bahawa masyarakat peribumi di Sabah boleh bertutur dan memahami lebih daripada dua bahasa termasuk bahasa etnik masing-masing. Makalah ini ditulis berasaskan kerja lapangan yang dilakukan di sepuluh daerah di pantai barat Sabah menggunakan kaedah temu bual berfokus dan edaran soal selidik yang mengandungi 100 leksikal dialek Melayu Brunei. Berteraskan satu andaian bahawa dialek Melayu Sabah menerima pengaruh dialek Melayu Brunei maka, makalah ini bertujuan melihat masukan leksikal dialek Melayu Brunei ke dalam dialek Melayu Sabah yang memberi kesan ke atas proses pemaknaan dalam kosa kata dialek Melayu Sabah khususnya, kosa kata yang melibatkan terjemahan sosiobudaya dan aspek penyesuaian kata yang berlaku antara dialek Melayu Brunei dengan dialek Melayu Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu Brunei; Dialek Melayu Sabah; Makna sosiobudaya; Interaksi inter-etnik; Pengaruh bahasa
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:14805
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jun 2020 08:01
Last Modified:30 Jun 2020 01:26

Repository Staff Only: item control page