Kajian perbandingan penggunaan model rangkaian saraf tiruan dan model penyesuaian logik kabur untuk meramal modulus elastik turapan boleh lentur

Mohammad Izzulhanif Mohd Arif, and Asmah Hamim, and Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim, and Faridah Hanim Khairuddin, and Nor Azliana Akmal Jamaludin, and Nur Izzi Md. Yusoff, (2019) Kajian perbandingan penggunaan model rangkaian saraf tiruan dan model penyesuaian logik kabur untuk meramal modulus elastik turapan boleh lentur. Jurnal Kejuruteraan, 31 (2). pp. 357-366. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-312-2019/

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat kesesuaian penggunaan dua model iaitu model rangkaian saraf tiruan (ANN) dan model penyesuaian logik kabur (ANFIS) untuk meramal modulus lapisan bagi turapan boleh lentur. Data meter pesongan berat jatuh (FWD) bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim pada tahun 2013 telah digunakan dalam proses pengujian kedua-dua model ini. Model-model ANN dan ANFIS telah dilatih dan diuji secara berterusan menggunakan parameter yang berbeza sehingga output yang paling optimum diperolehi. Selepas itu, proses pengesahan telah dijalankan untuk menguji keupayaan model secara keseluruhan melalui penentuan nilai pekali penentuan (R2), ralat mutlak min (MAE), ralat kuasa dua min (MSE) dan ralat punca kuasa dua min (RMSE). Sebanyak 270 set data telah digunakan dalam pembangunan model ini. Berdasarkan proses analisis yang telah dijalankan, didapati bahawa kedua-dua model dapat meramal dengan baik modulus elastik bagi setiap lapisan turapan (R2 > 0.90). Walaubagaimanapun, perbandingan selanjutnya menunjukkan bahawa model ANFIS menghasilkan ketepatan yang tinggi berbanding model ANN, dengan nilai MAE, MSE, RMSE yang dihasilkan adalah rendah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa model-model rangkaian saraf mempunyai potensi yang baik untuk menggantikan model analitikal dan empirikal yang sedia ada dalam meramal modulus elastik bagi setiap lapisan turapan boleh lentur.

Item Type:Article
Keywords:Rangkaian saraf tiruan; Model penyesuaian logik kabur; Meter pesongan berat jatuh; Permodelan
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:14831
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2020 08:37
Last Modified:10 Jul 2020 07:24

Repository Staff Only: item control page