Analisa laporan EIA dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi bagi projek perumahan

Abdul Rahman Mahmud, and Khairul Nizam Abdul Maulud, and Zaini Sakawi, (2019) Analisa laporan EIA dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi bagi projek perumahan. Jurnal Kejuruteraan, 31 (2). pp. 367-373. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
742kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-312-2019/

Abstract

Kawalan hakisan tanah dan sedimentasi menjadi salah satu cabaran dalam pelaksanaan projek-projek EIA terutamanya bagi aktiviti pembinaan perumahan. Kegagalan pelaksanaan langkah kawalan hakisan tanah yang mencukupi di tapak projek boleh menjejaskan kualiti air sungai. Bagi memastikan kawalan yang mencukupi dalam aspek hakisan tanah dan sedimentasi laporan EIA yang dikemukakan oleh pemaju, laporan tersebut perlulah mencapai tahap piawaian minimum dari aspek penilaian impak dan langkah kawalan serta mempunyai kualiti yang baik. Kajian ini dijalankan untuk menilai kualiti laporan EIA dalam aspek kajian hakisan tanah dan sedimentasi. Pakej ulasan EIA telah disediakan dengan menggunakan garis panduan kajian hakisan tanah dan sedimentasi. Sebanyak 21 laporan EIA bagi projek perumahan dari tahun 2013 hingga 2015 di Negeri Selangor telah di analisa. Hasil analisa mendapati sebanyak 18 laporan EIA mematuhi sebanyak 50% keperluan yang ditetapkan didalam garis panduan, manakala dari segi aspek kualiti laporan EIA, hanya 7 laporan mempunyai tahap memuaskan. Kajian ini telah mengenal pasti terdapat tiga kelemahan utama dalam laporan EIA bagi projek perumahan. Pertama; aspek penerangan perancangan kerja tanah tidak dijelaskan dengan terperinci, kedua; kelemahan dalam aspek penerangan pilihan projek dan ketiga; kelemahan dalam pelan konseptual pencegahan pencemaran dan langkah kawalan pembukaan tanah (LDP2M2) yang tidak menunjukkan pelaksanaan kerja tanah secara berperingkat. Kemahiran dan kepakaran perunding dan pegawai pengulas EIA perlu dipertingkatkan. Ini bagi memastikan kualiti laporan dan pematuhan garis panduan EIA dapat dicapai. Pakej ulasan EIA yang disediakan boleh digunakan oleh perunding untuk menyemak kecukupan kandungan sebagai amalan penilaian kendiri.

Item Type:Article
Keywords:EIA; Kualiti laporan EIA; Keberkesanan EIA; Kawalan hakisan tanah dan sedimentasi; Pakej ulasan EIA; Prosedur EIA di Malaysia
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:14832
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2020 08:40
Last Modified:10 Jul 2020 07:25

Repository Staff Only: item control page