Pemilihan parameter utama pengacuan suntikan dalam pemprosesan polimer: ulasan ilmiah

Norjamalullail Tamri, and Rozli Zulkifli, and Che Husna Azhari, (2020) Pemilihan parameter utama pengacuan suntikan dalam pemprosesan polimer: ulasan ilmiah. Jurnal Kejuruteraan, 32 (1). pp. 79-90. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-321-2020/

Abstract

Sistem suntikan menjadi nadi utama di dalam proses Pengacuan Suntikan, di mana ia merangkumi pelbagai faktor yang perlu dikawal dan diselaraskan. Sistem kawalan ini merangkumi parameter yang dikategorikan sebagai empat parameter utama: tekanan, suhu, masa, dan jarak. Tekanan Suntikan adalah tekanan yang diperlukan untuk menggerakan bahan leburan polimer ke dalam acuan. Tekanan Pegangan adalah fasa selepas fasa tekanan suntikan. Suhu Barel mengandungi empat zon suhu pada unit suntikan yang terdiri daripada zon belakang, zon tengah, zon depan, dan zon muncung. Suhu acuan biasanya digunakan ketika proses penyejukkan bahan plastik selepas ia disuntik ke dalam acuan yang mempunyai saluran air penyejuk. Sejumlah 40 kertas penyelidikan telah dikaji dan diringkaskan berdasarkan kepada parameter yang digunakan di dalam penganalisaan. Kebanyakan penyelidik mengamalkan kaedah Taguchi dalam kaedah penyelidikan mereka. Dari analisa, terdapat empat parameter yang kerap digunakan iaitu Suhu Barel, Suhu Acuan, Tekanan Suntikan dan Tekanan Pegangan dalam usaha untuk menghasilkan produk, menambahbaikan produk agar lebih berkualiti atau menaikkan kadar kekuatan maksimum produk. Kertas kerja ini adalah ulasan ilmiah semua parameter utama yang terlibat dalam proses pengacuan suntikan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pengacuan suntikan; Parameter pemprosesan; Tekanan suntikan; Kaedah Taguchi
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:14845
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jul 2020 04:21
Last Modified:10 Jul 2020 08:29

Repository Staff Only: item control page