Analisis kecekapan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia

Fairuz Suzana Mohd Chachuli, and Sohif Mat, and Norasikin Ahmad Ludin, and Azami Zaharim, (2020) Analisis kecekapan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 32 (1). pp. 121-130. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-321-2020/

Abstract

Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui merupakan salah satu elemen penting dalam Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui (NREPAP). Walau bagaimanapun, aktiviti R&D tenaga boleh diperbaharui tidak dikategorikan sebagai salah satu kelompok utama dalam program R&D negara dan ia perlu bersaing dengan bidang lain untuk mendapatkan dana penyelidikan. Walaupun dana R&D tenaga boleh diperbaharui yang diterima agak rendah, hasil daripada aktiviti R&D tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dilihat sangat menggalakkan terutamanya dari segi penerbitan, penghasilan paten dan juga pembangunan modal insan. Ini bermakna aktiviti R&D yang dijalankan memberi sumbangan secara tidak langsung kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai prestasi aktiviti R&D di Malaysia berasaskan lima sumber tenaga boleh diperbaharui, iaitu suria, angin, biojisim, biogas dan hidro mini menggunakan pendekatan analisis penyampulan data (DEA) dari tahun 2012 hingga 2017. Kajian ini menggunakan model Charnes, Cooper, Rhodes (CCR)–DEA berorientasikan output dengan nisbah satu output dan empat input. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa biojisim merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling cekap manakala angin merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling tidak cekap dari perspektif aktiviti R&D di Malaysia. Prestasi keseluruhan kecekapan aktiviti R&D tenaga boleh diperbaharui di Malaysia berada pada tahap baik iaitu mencapai 69.2% dalam tempoh 2012-2017. Hasil kajian ini selari dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk membangunkan sumber tenaga biojisim selaras dengan inisiatif Strategi Biojisim Kebangsaan 2020. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai asas untuk mewujudkan dasar atau strategi khusus untuk memperkukuhkan lagi aktiviti R&D bagi menyokong pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Tenaga boleh diperbaharui; Penyelidikan dan pembangunan; Analisis penyampulan data; Kecekapan
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:14850
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jul 2020 06:08
Last Modified:10 Jul 2020 08:42

Repository Staff Only: item control page