Peguam syarie di Malaysia: analisis perkembangan pelaksanaannya di mahkamah syariah

Hammad Mohamad Dahalan, and Mas Nooraini Mohiddin, and Mohamad Rizal Abd Rahman, and Nur Khalidah Dahlan, (2019) Peguam syarie di Malaysia: analisis perkembangan pelaksanaannya di mahkamah syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 25 . pp. 23-33. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1243

Abstract

Peguam syarie mewakili pihak-pihak bertikai dalam menyelesaikan masalah mereka di mahkamah. Konsep perwakilan ini telah wujud sejak zaman Rasulullah sehingga kini. Kajian ini berhasrat untuk mencapai tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis tadbir urus perwakilan peguam syarie pada zaman Rasulullah, sahabat serta pelaksanaannya di mahkamah syariah di Malaysia pada masa kini. Kedua, ianya mengenal pasti permasalahan semasa berkaitan tadbir urus tersebut di mahkamah syariah. Ketiga, ianya mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang dikenal pasti. Kajian ini mengguna pakai kerangka perundangan tulin yang dianalisis secara kualitatif. Data telah dikumpul melalui kaedah kajian perpustakaan serta kaedah temu bual separa struktur. Data perpustakaan kemudiannya dianalisis melalui kaedah-kaedah analisis kandungan dan analisis kritis. Data dari temubual pula dirakam, dilakukan transkripsi serta kemudiannya dimasukkan ke dalam penulisan sebagai hujah sokongan. Kajian mendapati tadbir urus perwakilan peguam syarie berkembang dari dari semasa ke semasa. Kajian turut mendapati ketidakseragaman dalam tadbir urus peguam syarie di mahkamah syariah pada masa kini. Kajian akhirnya mencadangkan agar diwujudkan tadbir urus peguam syarie yang seragam, teratur serta terperinci.

Item Type:Article
Keywords:Peguam syarie; Mahkamah syariah; Tadbir urus; Perwakilan; Prinsip syariah
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:14859
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jul 2020 08:22
Last Modified:10 Jul 2020 07:50

Repository Staff Only: item control page